Bacelor Pentadbiran Perniagaan

LATAR BELAKANG

Program Bacelor Pentadbiran Perniagaan (BPP) mula ditawarkan pada tahun 1995 sebagai tambahan kepada program yang sedia ada pada ketika itu. Ia menggantikan program Bacelor Perniagaantani yang telah ditawarkan sejak 1974. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran serta kebolehan dalam bidang pengurusan perniagaan bagi memenuhi permintaan pelbagai sektor perindustrian dan perkhidmatan. Graduan program ini dilatih agar mempunyai ciri-ciri proaktif, mampu berfikir secara rasional dan berdaya saing serta memiliki budaya cemerlang.

Buat masa sekarang, program BPP untuk eksekutif di kampus boleh didapati dalam mod hari biasa dan juga dalam mod hujung minggu.

 

OBJEKTIF PROGRAM

Tujuan utama program ini adalah untuk melahirkan graduan yang berkemahiran serta berkebolehan dalam bidang pentadbiran perniagaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian dan perkhidmatan.

Graduan program ini dilatih menyesuaikan diri dengan persekitaran perniagaan yang dinamik yang memerlukan tenaga kerja yang yang lebih proaktif selain mampu berfikir secara rasional, berdaya saing dan berbudaya cemerlang.

 

PELUANG PEKERJAAN

Pelajar yang mengikuti program ini mampu:

1. Bekerja di sektor swasta, sebagai eksekutif dalam bidang pemasaran, kewangan, operasi, sumber manusia dan bidang fungsian yang lain di organisasi tempatan dan antarabangsa dalam industri perbankan, hartanah, pengeluaran, perdagangan, telekomunikasi dan sebagainya.

2. Bekerja di sektor awam sebagai pegawai tadbir, pegawai kewangan atau pengurus di jabatan kerajaan dan badan berkanun.

3. Menjadi usahawan yang berwibawa.

 

TEMPOH PENGAJIAN

Program ini mengambil masa selama tiga hingga empat tahun bagi mod hari biasa dan hujung minggu.

 

KURIKULUM PENGAJIAN

Kurikulum program Bacelor Pentadbiran perniagaan dibahagikan kepada dua komponen utama iaitu komponen kursus teras, dan komponen kursus pengkhususan. Butiran bagi setiap komponen adalah seperti berikut:-

                                                                                         

Komponen Jam Kredit (%)
Kursus Universiti    21 17
Kursus Teras  68 55
Kursus Pengkhususan 34  27
Ko-Kurikulum  2  1
Jumlah   125  100

Bidang Pengkhususan

Program ini menawarkan bidang-bidang pengkhususan berikut:-

1. Pemasaran

2. Pengurusan Sumber Manusia

3. Kewangan

4. Perniagaan Antarabangsa

5. Keusahawanan

6. Undang-undang Perniagaan

7. Pengurusan Hospitaliti dan Rekreasi

8. Pengurusan Am

Pelajar dikehendaki memilih salah satu daripada bidang pengkhususan yang ditawarkan.


NOTA : Pihak Unit berhak untuk menentukan bidang pengkhususan yang akan ditawarkan kepada pelajar cohort tertentu. Penawaran mana-mana bidang pengkhususan adalah bergantung kepada bilangan minimum pelajar yang memilih untuk mengambil bidang tersebut.