Program Ditawarkan
Written by Administrator   
Thursday, 12 August 2010 00:00


FEP menawarkan tiga program akademik di peringkat bacelor (Bacelor Perakaunan, Bacelor Ekonomi dan Bacelor Pentadbiran Perniagaan).

 

BACELOR PENTADBIRAN PERNIAGAAN

 

LATAR BELAKANG

Program Bacelor Pentadbiran Perniagaan (BPP) mula ditawarkan pada tahun 1995 sebagai tambahan kepada program yang sedia ada pada ketika itu. Ia menggantikan program Bacelor Perniagaantani yang telah ditawarkan sejak 1974. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran serta kebolehan dalam bidang pengurusan perniagaan bagi memenuhi permintaan pelbagai sektor perindustrian dan perkhidmatan. Graduan program ini dilatih agar mempunyai ciri-ciri proaktif, mampu berfikir secara rasional dan berdaya saing serta memiliki budaya cemerlang.

Buat masa sekarang, program BPP untuk eksekutif di kampus boleh didapati dalam mod hari biasa dan juga dalam mod hujung minggu.

 

OBJEKTIF PROGRAM

Tujuan utama program ini adalah untuk melahirkan graduan yang berkemahiran serta berkebolehan dalam bidang pentadbiran perniagaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian dan perkhidmatan.

Graduan program ini dilatih menyesuaikan diri dengan persekitaran perniagaan yang dinamik yang memerlukan tenaga kerja yang yang lebih proaktif selain mampu berfikir secara rasional, berdaya saing dan berbudaya cemerlang.

 

PELUANG PEKERJAAN

Pelajar yang mengikuti program ini mampu:

1. Bekerja di sektor swasta, sebagai eksekutif dalam bidang pemasaran, kewangan, operasi, sumber manusia dan bidang fungsian yang lain di organisasi tempatan dan antarabangsa dalam industri perbankan, hartanah, pengeluaran, perdagangan, telekomunikasi dan sebagainya.

2. Bekerja di sektor awam sebagai pegawai tadbir, pegawai kewangan atau pengurus di jabatan kerajaan dan badan berkanun.

3. Menjadi usahawan yang berwibawa.

 

TEMPOH PENGAJIAN

Program ini mengambil masa selama tiga hingga empat tahun bagi mod hari biasa dan hujung minggu.

 

KURIKULUM PENGAJIAN

Kurikulum program Bacelor Pentadbiran perniagaan dibahagikan kepada dua komponen utama iaitu komponen kursus teras, dan komponen kursus pengkhususan. Butiran bagi setiap komponen adalah seperti berikut:-

 

Komponen

Jam Kredit

(%)

Kursus Universiti

21

17

Kursus Teras

68

55

Kursus Pengkhususan

34

27

Ko-Kurikulum

2

1

Jumlah

125

100



Bidang Pengkhususan

Program ini menawarkan bidang-bidang pengkhususan berikut:-

1. Pemasaran

2. Pengurusan Sumber Manusia

3. Kewangan

4. Perniagaan Antarabangsa

5. Keusahawanan

6. Undang-undang Perniagaan

7. Pengurusan Hospitaliti dan Rekreasi

8. Pengurusan Am

Pelajar dikehendaki memilih salah satu daripada bidang pengkhususan yang ditawarkan.


NOTA : Pihak Unit berhak untuk menentukan bidang pengkhususan yang akan ditawarkan kepada pelajar cohort tertentu. Penawaran mana-mana bidang pengkhususan adalah bergantung kepada bilangan minimum pelajar yang memilih untuk mengambil bidang tersebut.

 

BACELOR PERAKAUNAN

 

LATAR BELAKANG

Program Bacelor Perakaunan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan mula ditawarkan pada tahun 1985.  Kurikulum program ini digubal setelah mengambilkira ciri-ciri penting dalam pembentukan graduan yang sesuai dan memenuhi keperluan pelbagai sektor. Ini termasuklah sektor perakaunan, perniagaan, perbankan dan perkhidmatan awam. Untuk mencapai matlamat ini, kurikulum program telah digubal dengan menggabungkan bidang-bidang pengkhususan yang berkaitan pelbagai sektor tersebut. Program Bacelor Perakaunan merupakan program profesional yang diiktiraf oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Kerajaan Malaysia di bawah Jadual 1, Akta Perakaunan 1967.

 

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif umum program Bacelor Perakaunan adalah untuk melahirkan tenaga terlatih dan mahir dalam bidang perakaunan khususnya melahirkan akauntan bertauliah yang diiktiraf oleh Malaysian Institute of Accountants (MIA) dan badan profesional perakaunan yang lain.

 

PELUANG PEKERJAAN

Peluang pekerjaan bagi graduan perakaunan merangkumi pelbagai bidang berikut:-

1. Bidang profesional sebagai akauntan bertauliah, juruaudit, penasihat percukaian, perunding pengurusan, setiausaha syarikat dan sebagainya.

2. Sektor perindustrian dan perdagangan dalam bidang kewangan perbadanan dan perbankan serta institusi kewangan lain yang

memerlukan kepakaran perakaunan dan kewangan.

3. Sektor awam  di jabatan kerajaan dan badan berkanun.

 

TEMPOH PENGAJIAN

Program ini mengambil masa selama empat tahun.

 

KURIKULUM PENGAJIAN

Kurikulum Bacelor Perakaunan mengandungi empat (4) komponen iaitu kursus universiti, teras, elektif dan ko-kurikulum. Jumlah jam kredit serta peratusan bagi setiap komponen adalah seperti berikut:

 

Komponen

Jam Kredit

(%)

Kursus Universiti

18

12.7

Kursus Teras

119

83.8

Kursus Elektif

3

2.1

Ko-Kurikulum

2

1.4

Jumlah

142

100.0

 

LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri merupakan salah satu komponen daripada kurikulum program Bacelor Perakaunan. Tujuan latihan diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar kepada amalan perakaunan semasa dan juga untuk membolehkan pelajar mengaplikasikan segala ilmu yang diperoleh menerusi program ini. Pengecualian TIDAK diberikan kepada mana-mana pelajar walaupun mereka mempunyai pengalaman kerja. Hal ini disebabkan pengalaman yang akan diperolehi adalah berbeza dengan pengalaman yang mereka lalui sebelum mengikuti program Bacelor Perakaunan.

Latihan industri akan diikuti oleh semua pelajar mulai trimester 9 pada tahun tiga pengajian selama 6 bulan. Pelajar digalakkan menjalani latihan industri di firma akauntan awam untuk membolehkan mereka memperolehi pengetahuan dan pengalaman yang akan memantapkan lagi pemikiran untuk mengikuti kursus-kursus pada dua trimester yang terakhir. Pengalaman yang sedemikian juga sangat berguna dalam apa jua kerjaya perakaunan yang mereka pilih selepas bergraduat nanti. Walau bagaimanapun, pelajar dibenarkan menjalani latihan industri di firma lain selagi ia berkaitan dengan bidang perakaunan atau kewangan.

Memandangkan pelajar eksekutif adalah terdiri daripada mereka yang bekerja, mereka perlu mendapatkan cuti belajar atau pelepasan daripada majikan mereka, bagi membolehkan mereka menjalani latihan industri di firma yang ditetapkan oleh Unit Program Eksekutif, FEP. Bagi pelajar yang tidak mendapat cuti belajar atau pelepasan daripada majikan, mereka dibenarkan menjalani latihan industri di bahagian yang berkaitan perakaunan atau kewangan di organisasi mereka bekerja. Walau bagaimanapun, penyeliaan dan pemantauan yang rapi akan dijalankan oleh UPE untuk memastikan matlamat latihan industri program Bacelor Perakaunan tercapai.

 

BACELOR EKONOMI

 

LATAR BELAKANG

Program Bacelor Ekonomi (BE) mula ditawarkan pada tahun 1995. Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan tenaga kerja terlatih dan berkualiti di dalam bidang ekonomi untuk memenuhi keperluan pembangunan dan kemajuan negara.

 

OBJEKTIF PROGRAM

Tujuan utama program ini adalah untuk melengkapkan para eksekutif dengan pengetahuan dan kefahaman mengenai isu-isu ekonomi dan amalan pengurusan terkini. Graduan program ini diharap boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran perniagaan yang dinamik yang memerlukan tenaga kerja yang lebih proaktif, mampu berfikir secara kritikal dan rasional, serta berdaya maju dan berdaya saing di dalam karier yang diceburi.

 

PELUANG PEKERJAAN

Graduan program ini berpeluang mendapat pekerjaan di sektor awam dan swasta sebagai ahli ekonomi, perancang ekonomi, pendidik, penyelidik, pentadbir atau pengurus, usahawan, ahli perbankan dan sebagainya.

 

TEMPOH PENGAJIAN

Program ini mengambil masa selama tiga hingga empat tahun.

 

KOMPONEN KURIKULUM

Kurikulum Bacelor Ekonomi mengandungi empat (4) komponen iaitu kursus universiti, teras, elektif dan ko-kurikulum. Jumlah jam kredit serta peratusan bagi setiap komponen adalah seperti berikut:

 

Komponen

Jam Kredit

(%)

Kursus Universiti

21

17.2

Kursus Teras

65

53.3

Kursus Elektif

34

27.9

Ko-Kurikulum

2

1.6

Jumlah

122

100.0

 

Bidang Pengkhususan

Program Bacelor Ekonomi untuk eksekutif menawarkan lima bidang pengkhususan seperti berikut: -

1. Ekonomi Kewangan

2. Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa

3. Ekonomi Perniagaan

4. Pembiayaan Awam

5. Ekonomi Pembangunan

6. Ekonomi Sumber dan Alam Sekitar

7. Ekonomi Perindustrian

NOTA: Jumlah bidang pengkhususan yang ditawarkan pada satu-satu trimester bergantung pada permintaan serta sumber yang mencukupi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Last Updated on Sunday, 20 November 2011 06:18